Friday, January 23, 2009

reNung2kan...

Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.

Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.

Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh. Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.

Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk pancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.

Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.

Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orangramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.

terperangkap di dalam gua

Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.

Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal. Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat.

Pemuda pertama berdoa: "Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini."

Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar.

Giliran pemuda kedua berdoa: "Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai gedung perusahaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan ini!"

Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar.

Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga: "Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini."

Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat.

save them!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum..
buat sumer ahli dorm saudah,,,di sini ana nak bg tau sesuatu,,,
kalau antunna rasa ada elemen/part yang yang x elok,,
kalau rasa ianya patut dibuang,,buang je la...
kalo x tau camner nk buang,,bg tau je,,,
x pun antunna tulis komen je..nanti ana boleh tolong buangkan..
ok,,selamat bercuti!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 22, 2009

amIR_iSYati...

Assalamu'alaikum, Please don't break or putuskan mail ni...keep on fowarding to ur friend insyallah aminkan doa kita ini. we make a doa' for our suffering Muslims ummah in Palestine , Afghanistan , Iraq , Chechnya, Kashmir and anywhere else around the globe. If each of us makes a doa' and send this friendly reminder to other muslims, just imagine how much good deed we will receive (without realising so). "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan , Iraq , Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka...http://www.presstv.ir/watch_live5_us.aspx

haTI...

sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi bkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi...Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini.(muhasabah diri)

KUase AllAH...

KEMATIAN PELUKIS DENMARK YANG MELUKIS KARIKATUR RASULULLAH S.A.W kita yg tercinta..Tlg sebar2kan kpd sumer yg beragama Islam mahupun bkan.. The artist who drew the pictures of the Prophet Mohammed (S.A.W) has died in afire. He was burned alive. Denmark governmen t is hiding the news from the public and everyone has to know. Plz spread this... . (Its the price one must pay 4 the insult of Allah's Prophet) Forward this to as many people as you can... Are you going to forward this or delete it? Just remember Allah is watching you if you love Allah then send this to everyone on your list because you have open this

BoiKOt?????

Xmau boikot?! boikot Xbg effect? ape yg kite nk jwb kat akhirat nnt? apa usaha kite thdp naseb saudara seakidah kita di palestin! igtlh kisah nabi ibrahim. ketika nabi ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dr punca air dgn membawa air yg hny dpt dibawa dgn paruhny shj dan mencurahknny pd api yg besar itu. tetibe burung itu ditanya, "apsal kau susah2 nk bwk air yg sket tu utk padamkn api yg membakar nabi ibrahim tu? takkn padam punye lah api tu!" ttpi burung itu mnjwb "ak X mahu di akhirat nnt apb ditny apekah yg aku lakukn apb nabi ibrahim dibakar sedangkan ak tak berbuat apa2" jk burung yg X diazab pon berusaha sampai begitu skali, inikn pula kite apbl saudara seakidah kite diBOM di palestin! igtlah bkn hasil yg ALLAH mahu, tp usaha kite! boikot sesungguh mungkin ya akhi..

BerITa....

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam ters

Monday, January 19, 2009

ehem..ehem..ehem...

bUDak dalam dommm....ni..beh-beh lake....sume kelakor-kelakor...kalu cuti jari minggu kannnnn sume tidooo.. tp ada gok yang x tido..tp besss giler ahh spe-sape je dialu-alukan untuk mari...banyok sangat cite-cite kelakor ..k ah sekian wassalam.....

Wednesday, January 7, 2009

SAlaMm.. hyE HyE

SalaM KteorG NI kaN....bru JER buAT bloG Dormmm....huuuuuu....huuuu....
JDI ...klo NAk knAL KteoRG, SelALU la VISit Blog NIE yeRK....